Setelah lebih 10 tahun menabur bakti terhadap sukan hoki, akhirnya penjaga gol utama skuad hoki wanita kebangsaan, Farah Ayuni Yahya mengumumkan persaraan menerusi laman media sosial.<br /><br />Penjaga Gol Terbaik Asia dua kali berturut itu akur dengan keputusannya sekaligus mahu lebih fokus terhadap pekerjaannya sebagai seorang pegawai polis.